Selasa, Oktober 21, 2008

Amaran : Al-Quran Palsu!!!

Sedarkah anda betapa bencinya orang kafir kepada Islam? Islam digambarkan sebagai sumber kejahatan di dunia. Propaganda filem Amerika menggambarkan orang Islam sebagai pengganas dan ini menimbulkan ketakutan kepada ramai orang bukan Islam di seluruh dunia.

Selain itu, terdapat usaha untuk menghancurkan agama Islam yang mula ini melalui pelbagai cara terutamanya maksiat, hiburan, dadah dan macam-macam lagi. Kita dapat lihat kini hiburan dan maksiat menjadi amalan sebahagian besar orang yang mengaku Islam tetapi mengejar keseronokan duniawi.

Kini ada juga tindakan kafir untuk memalsukan Al-Quran sama ada secara bercetak atau di dalam internet.

Baru-baru ini saya telah terjumpa satu laman web yang bagai menyiarkan Al-Quran tetapi isi kandungannya amat meragukan. Sebagai peringatan kita bersama, saya paparkan sedikit gambar yang saya buat untuk rujukan kita bersama.

Ini adalah laman utama Al-Quran palsu tersebut. Namanya sahaja pun sudah cukup mengelirukan. Bagaimana agaknya jika ada yang merujuk kepada laman web ini?

Ini adalah senarai juzuk dalam Furqan ini...Sila teliti ayat tersebut dan maksudnya. Adakah anda menyedari sesuatu penipuan?

Laman web tersebut terdapat di : http://www.islam-exposed.org/index.html

Tengok tu... Ada jual di Amazon.com pulak...

Semoga Allah melindungi seluruh umat Islam daripada penindasan oleh kafir harbi.

Read more...

Followers

Technorati

Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.