Selasa, April 22, 2008

Isu Lagu 'Hazwan - Cinta 3 Segi'

Lagu yang dikatakan dinyanyikan oleh Hazwan iaitu banduan penjara akhir yang telah dihukum gantung kerana membunuh kekasihnya memang digemari oleh ramai pihak. Namun bolehkan dakwaan ini dipercayai atau adakah ia hanyalah cerita karut yang dibawa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?


Lirik
Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

*
Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

(ulang dari *)

Di kau pinta untuk aku melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan


Kisah Tipu Yang Tersebar - 1
Kedukaan seorang lelaki yang cuma seminggu untuk berkahwin dengan wanita pilihannya terpaksa akur terhadap kehendak wanita itu untuk memutuskan hubungan dan kembali kepada teman lelaki sebelumnya.

Atas pemikiran pendek,lelaki tersebut telah menamatkan riwayat kedua-dua wanita dan kekasih lama wanita tersebut

Lelaki tersebut menyerah diri dan memohon hukuman gantung dijatuhkan ke atasnya. Sebagai permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman,lelaki tersebut telah memohon untuk memanggil kawan-kawannya untuk merakamkan nyanyian tulus dari hatinya, dan dengarkanlah lagu tersebut.

Kisah Tipu Yang Tersebar - 2
Kisah bermula dengan percintaan Tipah (bukan nama sebenar) dan Ali (bukan nama sebenar). Pada suatu hari, Tipah telah berkenalan dengan seorang lelaki yg bernama Hazwan (kononnya). Tipah jatuh hati pada Hazwan. Hazwan seorang lelaki yang sangat baik dan turut mencintai Tipah dengan sepenuh hatinya. Tipah pun putus dengan Ali kerana Hazwan. Namun pada saat Tipah sedang bahagia bersama Hazwan, Ali telah meminta rujuk kembali dengan Tipah. Tipah pun ceritakan apa yang berlaku kepada Hazwan. Oleh kerana Hazwan terlalu menyintai dan tak sanggup kehilangan Tipah, dia telah berjumpa dengan Ali dan bergaduh.. Secara tak sengajanya Ali telah terbunuh dalam pergaduhan itu. Kemudian Hazwan ditangkap dan dimasukkan dalam penjara.. Tipah rasa sedih sangat atas apa yang berlaku kepada Hazwan kerana dia turut menyintai Hazwan.

Kemudian pada suatu hari, tiba-tiba Tipah telah didatangi oleh seorang kawan Hazwan. Kawan ini membawa sebuah tape. Dan menyerahkan ia kepada Tipah. Dia menceritakan pada Tipah apa yang berlaku pada Hazwan. Rupanya Hazwan telah dihukum gantung. Permintaan terakhir Hazwan adalah untuk menyanyikan sebuah lagu yang dia karang untuk gadis kesayangannya. Tajuk lagu tersebut adalah CINTA TIGA SEGI. Untuk pengetahuan semua, arwah Hazwan ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling. Apa yang berlaku pada Tipah? Tipah telah menjadi tertekan dan akhirnya gila. Kerana kedua-dua orang yang dia sayang mati meninggalkannya.

Kisah Sebenar
ATTENTION ALL:
Saya Ayie nk bobal bahasa melayu pulak memandangkan ade lagi org yg TAK PAHAM BAHASA ENGLISH.

Tajuk sebenar lagu ni adalah “PERANGKAP CINTA”. Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.

Tapi oleh kerana ianya adalah silap saya sendiri yg menyebarkan lagu ni kepada kawan2 yg saya percayai,dan ianya tersebar luas hingga mcm2 cerita yg timbul,saya tk dapat buat apa2.

Lagi satu,cerita tentang BANDUAN yg mati DIGANTUNG di malaysia yg dikatakan mencipta lagu ni adalah TIDAK BENAR. Saya juga TIDAK MENGENALINYA. Kalau betul dia yg mencipta lagu ni SILA DAPATKAN KELUARGA ARWAH untuk menghubungi saya secepat mungkin supaya nama baik arwah dan juga nama saya dapat dibersihkan. Saya juga mahukan BUKTI KUKUH dari keluarga arwah. Lagu ni juga BUKAN DARI KUMPULAN STRATEGY. Rakaman versi rock lagu ni ialah dari kawan baik saya yg merakamkan lagu itu mengunakan PC dirumah. Kepada pihak2 tertentu yg SENGAJA mengeluarkan cerita yg TIDAK BENAR atau dlm ertikata lain MEMFITNAH,satu saja yg boleh saya katakan- Kamu semua lebih teruk dari ‘arwah’ yg dikatakan membunuh sebab DOSA MEMFITNAH TU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.. Dan kalau tak tahu cerita sebenar,baik DIAM saje ok. Saya tak marah tau,ni pun saya type dgn penuh sopan santun (”,)..

Saya pun tak perlu nak perasan sendiri sebab memang lagu ni saya yg cipta. Yg dikatakan suara banduan yg nyanyikan dari penjara tu adalah suara saya sendiri yg dirakam dirumah. Saya tak takut kalau ada org yg nak cakap saya menipu sebab bukti ditangan saya dan kawan2 saya semua tahu tentang kesahihan lagu ni dari saya sendiri.

Akhir sekali,saya ingin meminta maaf kepada semua jika ada pihak yg tidak puashati tentang kesahihan lagu PERANGKAP CINTA. Yg benar akan tetap benar,tapi yg SALAH selama-lamanya TIDAK AKAN MENJADI BENAR. Sekarang semua dah FAHAM?? Kalau tk FAHAM2 jugak,sila hubungi saya secara peribadi. Buat masa sekarang saya harap anda semua terhibur dgn lagu PERANGKAP CINTA ini dari saya,Ayie dan kawan saya Berd..Terima kasih…

Regards,AYIE.

Jadi, kepada semua yang pernah atau sedang mendengar lagu ini dan mempercayai cerita bohong tersebut, cepat-cepatlah sedar. Jangan jadikan diri anda sebagai salah seorang yang tertipu...

Lain kali jangan mudah percaya cakap orang...

Followers

Technorati

Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.