Belacan : Selamatkah belacan yang kita beli?
Isu belacan yang mengandungi bahan kimia berbahaya Rhodamine B yang boleh menyebabkan barah semakin membimbangkan pengguna. Namun begitu pentingnya penggunaan belacan dalam masakan masyarakat Melayu sehinggakan hal bahaya ini terpaksa ditutup sebelah mata.
Ada yang mengatakan bahawa untuk mengenali belacan yang segar atau baru dibuat, kita haruslah melihat pada warnanya. Jika warnanya merah atau jingga, ia adalah belacan baru dan mengandungi banyak udang. Benarkah begitu?
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat kenyataan bahawa belacan bewarna jingga adalah merbahaya kepada kesihatan kerana mengandungi pewarna dan Rhodamine B yang boleh menyebabkan barah.
Untuk mengenali belacan yang selamat dimakan adalah seperti berikut :
1. Berwarna coklat keputihan kerana tidak dicampurkan sebarang pewarna.
2. Belacan yang mempunyai warna merah yang melampau biasanya disebabkan oleh pewarna yang dicampurkan.
3. Sebaik-baiknya jika pengguna sendiri mengetahui status pembuatan belacan tersebut iaitu di mana ia dibuat, keadaan kilangnya dan tahap kebersihan.
Namun kita juga perlu berhati-hati bila kita tidak mengetahui langsung mengenai pembuat belacan tersebut kerana kita mungkin akan terbeli yang dibuat secara kotor dan bercampur ulat!