Isnin, Mei 26, 2008

Dilarang...

Gambar ini dirakamkan di lot tanah sebelah Balai Polis Selising, Pasir Puteh, Kelantan iaitu berhadapan simpang tiga Selising.

Mungkin ada segelintir orang Selising yang suka buang tebiat dengan menampar poster-poster yang ada di sekitar daerah Selising. Maka untuk menghentikan tabiat gila itu, tuan tanah tersebut terpaksa meletakkan papan peringatan.

P/S : Sebenarnya dia memang silap eja... Hahaha!!!

Read more...

Khamis, Mei 22, 2008

Singapura Memang Bengong Dalam Pensijilan Halal


Anda pernah dengar tentang babi halal? Tentu sesuatu yang mustahil untuk babi dikelaskan sebagai halal. Tetapi tidak di Singapura yang memaparkan logo dan perkataan HALAL yang besar di produk daging babi.

Entah siapa yang menguatkuasakan halal di Singapura. Mungkin orang Cina. Kalau orang Islam yang jadi lembaga halal Singapura, memanglah mereka boleh dikelaskan sebagai ahli neraka. Mungkin arak juga halal untuk orang Singapura..

Read more...

Biskut Munchy's Buatan China Dapat Pengiktarafan JAKIM?


Berhati-hati bila membeli biskut terutama yang kelihatan seperti bukan buatan Malaysia. Ini kerana begitu banyak biskut yang diimport dari China, Thailand, Denmark dan lain-lain negara luar yang amat diragukan halalnya.

Kita tidak boleh meyakini sesuatu produk itu dengan sepenuhnya walaupun mempunyai logo Halal Jakim. Ini kerana pihak Jakim dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk memenuhi keperluan Muslim. Mungkin kerana Jakim adalah kakitangan kerajaan maka sifat berat tulang turut merebak kepada mereka.

Lihatlah contoh satu produk yang diimport oleh Munchy's dari China. Begitu senangnya mendapat perakuan Halal Jakim sedangkan Jakim tidak memantau pengeluaran produk tersebut di China. Mungkin kerana ia dianggap milik Munchy's yang diperakukan Halal di Malaysia maka 'suka hati Munchy's nak buat apa pun'...

Read more...

Mengenali Kasut Kulit Babi

Awas!!! Kasut diperbuat dari kulit babi murah & terhangat di pasaran… Banyak terdapat di kompleks-kompleks membeli belah.

Jika ada 3 titik dalam satu tompok tu, jangan beli… Itu kulit babi…

1. Perangin Mall
2. Bukit Jambul
3. Gurney Plaza
4. Komtar
5. Sunshine
6. Gama
7. Pacific
8. Sogo
9. Queensbay

Cara untuk mengenali kasut kulit babi ialah…
1. Harga lebih murah dari kasut kulit lain
2. Biasanya kulit babi ini dipasang di dalam bahagian kasut kerana lembut
3. Paling banyak pada kasut kanak-kanak perempuan
4. Kasut wanita pun banyak
5. Sandal lelaki

Sila berhati-hati untuk membuat pembelian...

Read more...

Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang

Beringat-ingatlah sebelum makan di hotel-hotel

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya...

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sumber : Dr Azwan

Read more...

Rabu, Mei 21, 2008

Berhati-hati Memilih Makanan...

Mi Segera LUCKY Buatan Vietnam

Kosmo!
Halal Tetapi Ada Perisa Babi

JOHOR BAHRU - Ada logo halal tetapi haram dimakan kerana berperisa babi.

Itulah aduan kiriman melalui e-mel oleh Amir Amin yang terbeli mi segera tersebut di sebuah kedai runcit di Woodlands, Singapura pada 4 Mei lalu.

Menurut Amir, dia dan isterinya hanya menyedari perkara tersebut selepas sampai ke rumah mereka di Johor Bahru.

Bertindak atas rasa tanggungjawab kerana bimbang mi itu turut dibeli oleh rakyat Malaysia yang lain, Amir memberitahu, dia telah membuat aduan kepada pemilik kedai tersebut dan difahamkan ia telahpun ditarik daripada pasaran.

"Bagaimanapun, saya bimbang seandainya mi yang dipercayai buatan Vietnam ini telah berada di pasaran negara kita.

"Ini memandangkan jarak di antara Johor dengan Singapura bukanlah jauh sangat," katanya.

Sehubungan itu, dia berharap agar orang ramai lebih berhati-hati dengan barangan yang dibeli walaupun terdapat logo halal.

"Periksa dulu kandungan yang tertera pada bungkusannya sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

"Ini soal halal haram dan sebagai umat Islam, kita amat sensitif mengenainya," katanya.

Penjual:
Sheng Shong Supermarket Pte Ltd,
Blk 6A Woodlands Center Road,
#01-280,
Singapore 731006.
Tel: 63650533
Fax: 63650483

Pengimport:
Teo boon Thong Trading
38, Toh Guan Road
W1, Singapore 608833.
Tel: 65636229
Fax: 65632513


Ia digunakan sebagai pelengkap kepada set perencah yang dibungkus bersama bahan asli seperti serai, limau kasturi, lengkuas, cili padi dan daun limau sementara perencahnya 'thai chili paste' Mae Pranom Brand banyak dijual di supermarket dan kedai-kedai di negara Brunei Darussalam.

Read more...

Khamis, Mei 15, 2008

Police Academy Collection

Read more...

Spiderman

Read more...

Rabu, Mei 14, 2008

Peringatan : Berhati-hati RM50 Palsu

Read more...

Selasa, Mei 13, 2008

The X-Files : Fight The Future [1998]

Format : AVI
Size : 1.36 GB

Download

Read more...

Isnin, Mei 12, 2008

The God Must Be Crazy 3

Format : AVI
Quality : Unknown
Size : 701.32 MB

Download

Read more...

Rabu, Mei 07, 2008

Tomb Raider : The Cradle Of Life

Format : AVI
Size : 630.22 MB

Download

Read more...

Tomb Raider [2001]

Format : AVI
Size : 684.34 MB

Download

Read more...

Gremlin 2

Format : RMVB
Size : 359.13 MB

Download

Read more...

Gremlin 1

Format : RMVB
Size : 332.33 MB

Download

Read more...

10,000 BC

Format : AVI
Size : 699.60 MB

Download

Read more...

Anamorph

Format : AVI
Size : 698.31 MB

Download

Read more...

Bloodrayne 2 : Deliverance

Format : AVI
Size : 701.84 MB

Download

Read more...

Sight

Format : AVI
Size : 701.64 MB

Download

Read more...

The Ex

Format : AVI
Size : 1.36 GB

Download

Read more...

Swordfish [2001]

Format : AVI
Size : 703.35 MB

Download

Read more...

Doomsday

Format : AVI
Size : 693.40 MB

Download

Read more...

The God Must Be Crazy 2 [1989]

Format : AVI
Size : 700.32 MB

Download

Read more...

The God Must Be Crazy 1 [1980]

Format : AVI
Size : 700.27 MB

Download

Read more...

National Treasure 2 : Book Of Secrets

Format : AVI
Size : 699.53 MB

Download

Read more...

Rush Hour 3

Format : RMVB
Quality : Low quality. Cam version
Size : 260.63 MB

Download

Read more...

Followers

Technorati

Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.