Khamis, Mei 22, 2008

Biskut Munchy's Buatan China Dapat Pengiktarafan JAKIM?


Berhati-hati bila membeli biskut terutama yang kelihatan seperti bukan buatan Malaysia. Ini kerana begitu banyak biskut yang diimport dari China, Thailand, Denmark dan lain-lain negara luar yang amat diragukan halalnya.

Kita tidak boleh meyakini sesuatu produk itu dengan sepenuhnya walaupun mempunyai logo Halal Jakim. Ini kerana pihak Jakim dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk memenuhi keperluan Muslim. Mungkin kerana Jakim adalah kakitangan kerajaan maka sifat berat tulang turut merebak kepada mereka.

Lihatlah contoh satu produk yang diimport oleh Munchy's dari China. Begitu senangnya mendapat perakuan Halal Jakim sedangkan Jakim tidak memantau pengeluaran produk tersebut di China. Mungkin kerana ia dianggap milik Munchy's yang diperakukan Halal di Malaysia maka 'suka hati Munchy's nak buat apa pun'...

Followers

Technorati

Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.