Epal Import Diselaputi Lilin
SEBAHAGIAN epal yang diimport didapati diselaputi lilin pada kulitnya, dipercayai untuk mengekalkan kesegaran buah berkenaan. Namun, timbul persoalan sama ada lilin yang mengandungi bahan kimia itu memberi kesan kepada pemakan lebih-lebih lagi jika tidak membasuh buah itu terlebih dulu. Justeru, kita harus berhati-hati dan membasuh epal sebelum dimakan.
Begitu keji tindakan sebilangan pengimport atau pengeksport yang meletakkan lilin pada buah-buahan semata-mata untuk menipu pembeli. Buah yang diselaputi lilin ini akan kelihatan segar dan berkilat. Mungkin juga kerana angin tidak dapat masuk untuk membuatkan buah tersebut menjadi buruk.
Anda harus ingat bahawa lilin tersebut amat bahaya jika ditelan dan akan menyebabkan penyakit serius.
Sebelum membeli, pastikan anda cuba kikis kulit buah tersebut untuk melihat sama ada terdapat lilin atau sebarang bahan asing yang merbahaya.