Rabu, Mei 21, 2008

Berhati-hati Memilih Makanan...

Mi Segera LUCKY Buatan Vietnam

Kosmo!
Halal Tetapi Ada Perisa Babi

JOHOR BAHRU - Ada logo halal tetapi haram dimakan kerana berperisa babi.

Itulah aduan kiriman melalui e-mel oleh Amir Amin yang terbeli mi segera tersebut di sebuah kedai runcit di Woodlands, Singapura pada 4 Mei lalu.

Menurut Amir, dia dan isterinya hanya menyedari perkara tersebut selepas sampai ke rumah mereka di Johor Bahru.

Bertindak atas rasa tanggungjawab kerana bimbang mi itu turut dibeli oleh rakyat Malaysia yang lain, Amir memberitahu, dia telah membuat aduan kepada pemilik kedai tersebut dan difahamkan ia telahpun ditarik daripada pasaran.

"Bagaimanapun, saya bimbang seandainya mi yang dipercayai buatan Vietnam ini telah berada di pasaran negara kita.

"Ini memandangkan jarak di antara Johor dengan Singapura bukanlah jauh sangat," katanya.

Sehubungan itu, dia berharap agar orang ramai lebih berhati-hati dengan barangan yang dibeli walaupun terdapat logo halal.

"Periksa dulu kandungan yang tertera pada bungkusannya sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

"Ini soal halal haram dan sebagai umat Islam, kita amat sensitif mengenainya," katanya.

Penjual:
Sheng Shong Supermarket Pte Ltd,
Blk 6A Woodlands Center Road,
#01-280,
Singapore 731006.
Tel: 63650533
Fax: 63650483

Pengimport:
Teo boon Thong Trading
38, Toh Guan Road
W1, Singapore 608833.
Tel: 65636229
Fax: 65632513


Ia digunakan sebagai pelengkap kepada set perencah yang dibungkus bersama bahan asli seperti serai, limau kasturi, lengkuas, cili padi dan daun limau sementara perencahnya 'thai chili paste' Mae Pranom Brand banyak dijual di supermarket dan kedai-kedai di negara Brunei Darussalam.

Followers

Technorati

Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.