Sabtu, Januari 26, 2008

Proton : Rasuah

Metro 25 Januari 2008

Terima rasuah bulanan: BPR mungkin tahan lebih ramai

KUALA LUMPUR: Tujuh kakitangan sebuah syarikat pengeluar kereta nasional yang ditahan kerana disyaki menerima suapan wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan daripada vendor, masih dalam tahanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor.

Semua suspek yang berusia 30 hingga 35 tahun itu kini diletakkan dalam pengawasan dan siasatan rapi bagi mendapatkan maklumat pengaliran wang rasuah di kilang kereta berkenaan serta kakitangan lain yang terbabit dalam kegiatan menerima suapan setiap bulan.

Menurut sumber BPR, pihaknya juga menyiasat dan mengumpul jumlah harta serta wang tunai yang diperoleh suspek daripada vendor setiap bulan sebagai imbuhan untuk mendapatkan kerja di kilang berkenaan.

“Kami sedang siapkan kertas siasatan dan kumpul bukti sebelum menghantarnya kepada timbalan pendakwaraya, ” katanya .

Menurutnya, sehingga kini BPR yakin dapat melumpuhkan kegiatan semua suspek yang menerima suapan setiap bulan selepas tertangkapnya mereka mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan ada kakitangan yang menerima suapan daripada vendor setiap bulan masih bebas.

“Mereka ini mungkin akan ditahan tidak lama lagi sebaik siasatan terhadap tujuh suspek ini selesai,” katanya .

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai kehidupan mewah segelintir pegawai dan kakitangan sebuah syarikat pengeluar kereta nasional hingga menimbulkan syak akhirnya terbongkar apabila mereka dipercayai menerima suapan wang tunai ratusan ribu ringgit.

0 comments:

Followers

Technorati

Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.